BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 28, 2010

AKU TENGOK TEATER NATRAH : CINTA, PERJUANGAN DAN AIRMATA... BEST!!!


gambar2 sblm pementasan bermula






Hmm... smlm ( 27/11/2010) aku, fazilah dan husbandnye pg tengok teater kat Istana Budaya. kisah Natrah. syok citer tu. teater tu arahan Erma Fatima dan dibintangi olh Remy Ishak, Maya Karin, Sofea Jane, Umie Aida, Susan Lancaster, Fiz Fairuz, Aaron Aziz, Mazin Amien Siraj, Iqbal Taufik, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Ziela Jalil dan Shukor Ibrahim.

bagi aku cerita ni sangat hebat, sbb dia mengetengahkan antara cinta, perjuangan dan airmata. nak kata kita tengok sampai menagis tu x de la kot. tp boleh rase la kesedihan yg dihadapi oleh ketiga-tiga wanita tu... iaitu Natrah sendiri, Che Aminah dan Adeline ( ibu kandung Natrah). Ye la... sebagai ibu kandung, tentu rase sedih bila anak dah tak lagi seagama dan tak lagi kenal kita sebagai ibunya. uuuiii klu aku sedih tu... tp siapa suruh bagi kat orang dulu kan...? Che Aminah plak... penat2 bela Natrah dengan penuh kasih sayang, tiba2 orang nak rampas budak tu dari dia. dah la dia jugak yg bertanggungjawab mengIslamkan Natrah, tentu la dia kena pertahankan akidah budak tu. tapi sayang, dia diperdaya dan kalah dalam perjuangannye. Natrah plak, dah sah2 x boleh terima keluarga kandung dia. dia terlalu sayangkan keluarga angkat dan suaminya. tapi apakan daya... dia tak diberi pilihan sekali pun. kesian... dalam usia yang sangat muda, mcm mana dia nak pertahankan akidah dia di negara org2 kafir. dah lah sentiasa dipaksa utk murtad. aku pon x pasti sama ada dia masih Islam atau x sebelum dia meninggal dunia. tapi aku sangat berharap dia sempat mngucap. semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Natrah.

sayangnye aku x leh snap gambar masa pementasan...dilarang weyh. so x dpt la hehehe.

hmmm... Maya Karin memang sangat sesuai menjadi Natrah, memang best la dia bawak watak tu. syok btol tengk hehee. Remy Ishak... nampak matang dalam lakonannye sebagai Mansor Adabi, suami Natrah. dia jgak nampak jauh lebh matang daripada Natrah dgn gaya dia yang tersendiri. Syabas kepada mereka berdua. Umie Aida plak.... x leh dinafikan kehebatan dia sbg seorang pelakon yang popular. dia memang hebat membawa watak Che Aminah. Sofea Jane plak memang sesuai bawak watak Natrah yg tua... sedih :(. syabas kpd mereka berdua. dah syabas juga kpd peakon2 lain yang menjayakan teater tu. best sangat!!!

paling aku x lupe... bagaimana Remy Ishak menari ala2 hindustan masa sedang bermadu kasih dgn Natrah slps mereka dinikahkan. aku tergelak2 mcm nak pecah perut tengok dia menari. x de la buruk pon tariannye. pandai gak mamat tu menari...tp mungkin sbb aku x jangka dia akan menari begitu. ye la... jarang tengok orang lelaki Malaysia akan menari macam tu kecuali dalam Sehati Berdansa kan.... hahhaha. tp good job la Remy!!! tak mengecewakan langsung. padan la ramai yang wanita2...termasuk la bini2 org ( antaranye sahabat aku sndiri hahaha) syok habis kat dia. aku...?? biasa je la. suke gak tengok dia berlakon. tp tahap minat giler tu... blm lg kot ( ckp kena berlapik. btol x? haaha)


 slps selesai pementasan


bergambar masa tengok artis2 sign autograpgh

lps teater selesai...kitorg ke pg tengok..artis2 sign autograpgh. tp x kuasa la aku... nak beratur panjang mcm tu. letih wooo... mula2 aku ingat x dpt la nak jumpe Maya Karin. aku redha aje la... aku ni ikut aje la ke mana Fazilah pegi... yela...kang nak balik mcm mana. dah la aku tumpang diorg laki bini heehehe. tiba2 diorg pg ke satu bilik. aku ni ingat diorg nak jumpe Remy Ishak je. ok la... aku pon nak tangkap gambar Remy Ishak utk tatapan member kat opis hehehe. diorg laki bini tu member Remy Ishak Fan Club. masuk je bilik tu... nampak la Remy Ishak dok salam diorg smue. aku x de la pg salam... haram weyh nak sentuh2. mana blh sentuh2... klu dia sentuh aku... aku paksa dia kawin ngan aku wakaaka.... fazilah jangan marah ye... hahaha. tp pminat dia ramai btol la... paling ramai pompuan ok... ahhaha

Fazilah... asyik dok tanye aku. "x nak bgambar ngan artis2 ke?" aku ckp aku segan... hehehe ye la aku x mcm diorg, so friendly ngan artis2. x pandai la aku... tumpang tangkap gambar diorg blh la hehehe.

x lama lps tu Fiz Fairuz masuk... aku tangkap je gambar dia hehehe. lps tu Sofea Jane plak... uuu cantiknye dia. sporting abis. dia pose utk aku bila aku nak tangkap gambar dia. Tq la Sofea. tiba2 Maya Karin masuk bilik tu!!! Fazilah panggil aku... nak tak tangkap gambar ngan dia. aku ape lg... x lps pluang bila Fazilah suruh tangkap gambar ngan dia. suke3!!!! cantiknye dia!!! bila dia peluk aku utk bgambar... wanginye!!! hahahaa. tp dia memang cantik. so aku puas hati dpt jumpe dia. aku minat gak ngan Maya Karin. sbb dia lawa hehehe. ni yg buat aku akan kuat berdiet ni... nanti blh lawa mcm Maya Karin wakaka. amin kan ye smue hehehee.

tp aku memang puas hati...dpt tengok Maya Karin dr dekat. dapat peluk dia lg. kitorg bergambar berdua, tp gambar tu kat kamera suami Fazilah. kena tunggu dia bagi gambar tu la hehehe. nanti aku upload khas utk pembaca2 blog aku. mwaah. tp shes a real beauty la. so pretty dan wangi hahahaa.

ni antara gambar2 dlm bilik tu yg aku smpat snap. sori la ye... camera aku x clear hehehe.


masa kluar dr dewan... tgh tengok artis2 sign autograph


dalam bilik...
 tu dia... diorg kerumun Remy Ishak hahaha.


 Sofea Jane pose khas utk camera aku hehehe. suami dia malu2 plak hehee


 org dpn aku ni langgar tgn aku... dah blur gambar ni. kelam kabut sngt time ni huhu


Fiz Fairuz dah lapar sbenarnye time ni... dia la yg first skali mkn hahaha. x tunggu org lain hahaha

gambar istana budaya sblm balik



1 comments:

Mizz_Ila said...

best kan? rasa x puas nengok remy menari.huhu