BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 29, 2010

KISAH MELANTAK DI SHOGUN JAPANESE BUFFET

Salam,

hi smue!!! dah lama aku x update blog aku ni kan kan kan. Ok la, hari ni aku nak citer ngan korg pasal kisah aku pg mkn kat satu restoran jepun ni. Nama restoran tu  Shogun, at One Utama. smue masakann  jepun di hidang scara buffet di sini. ok...aku nak citer je dulu...upload gambar kmudian. sbb aku tgh jaga kaunter ni. gambar kat pc aku kat office. student x ramai ni blh la aku berblog dulu hehehee. haaa sape2 yg dah add aku kat FB blh la tengok gambar tu kat album melantak kat shogun ye.

aku pg mkn kat retoran tu ngan si F, kawan aku tu la. Dia la yg ajak. tetiba je last..... minute pnye decision tu. So dlm kol 6 ptg aku btolak dr opis. aku janji ngan minah tu aku tunggu kat parking rumah dia, smentara dia pg ambik anak dia kat nursery. Aku pon tunggu la... nasib baik la masa tu sama 'cuti' ihik ihik. agak dlm kol 7 lbh kitorg btolak ke sana. smpi je kat sana.... si F ni blh la ter parking jauh plak. menapak la kitorg ke restoran tu. dah la kitorg memang x tau kat mana restoran tu berada. jenuh gak la brpusing2. tambah plak anak si F tu x nak berjalan. nak dukung hehehe kesian... anak si F ni x leh tengok satu benda kat mana shopping complex. ala benda alah yg masuk duit lps tu benda tu akan goyang2 sambil bunyi lagu. haaa benda tu la. ko jangan x tau... smpi si F ni trpaksa lalu tempat lain melarikan mata anaknye dr benda tu hahahahaha. Aku memang nak tergelak time tu. toleh2 je dia hilang rupenye dah jauh dr aku hahaha.

stlh penat berjalan dan sesat2 baru la kami jumpe restoran tu. penat td pon dah jadi berbaloi2 gitu. syok gila aku tengok hidangan yg tlh trsedia. si F tu suruh aku pi ambik dulu mknann yg aku nak. dia nak control anak dia dulu. aku pon phg la melilau mncari mkn. huhu.... mata aku dah spot satu menu. salmon and cod. bg kwn2 yg dah memang tau..aku memang suke ikan2 ni. hidangan prtama ni aku ambik la 5 ketul ikan cod dan 6 ketul ikan salmon. nasib baik la dua2 ikan ni danh dpotong kecik2. kecik x kecik pon lbh kurg besor kuih cara la. aku nampak mussels.. aku ambik mussels... huiii hilang smangat diet aku hahahhaa. tp tu la aku salah strategi. aku pi ambik ikan bnyk2 apesal. lps tu aku dah start kenyang. adoooi rugi2.

tp aku x nak mngalah sbb aku bru kenyang skit je. si F dah mkn mcm2 hidangan pertama je dia dok ambik sushi dan itik panggang. anak dia ...dia ambik benda goreng2 dan spagetti. aku masa ni dah minum 2 gelas teh herba jepun tu. dan aku mintak 1 gelas air ais. haaa tentang anak dia tu hahaha ni aku nak citer. klakar ni. aku ternampak anak dia mkn satu benda goreng. kat atas benda tu terpalit la krim hijau mude. korg tau x yg kaler hijau muda  ni ape... wasabi la!!!! aku ckp...

aku : eh awak... yg hijau tu ape? bkn wasabi ke?

F: eh bkn la.... ( sambil tengtok krim tu dkat2. hallo!!! mcm la dia tau wasabi tu ape. mkn sushi pon itu la first time. itu pon dia x ambik yg ade wasabi. confident je dia. hahaha)

aku : eh awak, ye la tu wasabi la...

F : bkn... btol bkn...

lps tu akan dia dah gigit dan kunyah wasabi tu. 

F: haaa.. kan elok je tu. bkn la tu. 

x sempat aku nak ckp yg kesan wasabi bkn masa kunyah tp masa telan. tiba2 anak dia dah merah2 mata. dah terbatuk2.  terjulur2 lidah dia nak muntah. ye la. lemas tau kesan wasabi ni. last2 bdak tu muntah dlm pinggan. haaa... panik jap mak dia hahhaa. aku pon panik x tau nak buat mcm mana. ye la aku tau kesan wasabi ni perit mcm mana. aku memang tumpang simpati kat bdak tu masa tu. minum pon blm tentu blh lega tau. lps beberape minit bru bdak tu ok. tp dia dah fobia nak mkn la. hahaha. tu la mak dia... degil lg ckp aku. lps tu mak dia ambik smangkuk aiskrim yg diisi dgn pelbagai flavour. hmmm... memang itu la ubat yg paling sesuai pon. hahaha

tp kan bdak ni mkn guna chopstick tau masa ni. hehehe mula2 dia buat main je chopstick ni. tp lps dia nampak aku mkn guna chopstick...dia pon nak guna jgak. hahaha. cara dia pgang memang kelakar. smpi spagetti tu jatuh ke tgn dia. dah la tu... dia pgang chopstick trbalik plak tu hahaha. tp aku suke sikap dia yug nak blajar sesuatu yg baru. dah besar nanti mesti dia ni bijak. mak yan tumpang senang la nanti hehehe.

haaaa mak dia plak dok try sushi. lps dia siap ambik sushi, dia dok la tunjuk kat aku dgn bangganye. dia beriya2 tunjuk aku jumlah sushi dlm pinggan yg x sberape tu huh!. ye la... org bru first time mkn sushi hahaha... lps tu dia pg suruh aku ambik la hidangan aku yg kdua. aku pon melilau la plak nak ambik sushi hehehe. waaa korg aku ambik 7 ketul sushi, 2 tiram bakar dan siput ( tp siput aku x mkn sbb aku x sure siput tu blh mkn ke x. tp siput yg hidup kat laut la). aku ambik smangkuk aiskrim mcm anak si F td. aku ambik beberape sayur mentah ( haa ni pon ade kisah lawak dia. tp x pe jap lg aku citer). bila aku balik ke meja balik. si F tu kata....

F: Awak!!! cuba tengok ape yg sy dah habiskan...

 aku pon dok la tengok ape yg x de tp x perasan. tp si F ni beriya2 kata...

F: cuba tengok btol2...

aku pon dok la ingat balik ape yg dia ambik td dan x de kt meja tu. tiba2 aku dah perasan. tp ceh buat muka biasa je.. padahl x sangka dia blh masuk hahaha

aku: Sushi ?
 
F: btol!!! (dgn bangganye dan tersenyum manje) sy dah brjaya laaa.

aku pon mngangguk bagus3... slps beberape minit tekak dia dah kembang hahahhaa. aku nak tergelak time tu. time ni aku dah slow dah. dah kekenyangan hahaha. si F plak x henti2 mkn. aku dah tenguk teh herba cwn yg ke 5 atau ke 6. lps tu dia ajak aku pi mkn dim sum plak itorg ambik rice ball dan sejenis dim sum. dim sum tu di ukir mcm landak kecik. siap ade mata lg. comel btol. tp skali tengok rupenye mcm pikachu hahaha. si F panggil tu sbg pau pikachu. hehehe aku bantai smpi 2 ketul. rice ball tu sdap gak. tp kureng sket sbb dia disalut dgn kacang2 hancur yg keras. aku ni kan x leh mkn benda2 keras ni hehehe.


 lps tu minah ni bantai tepayaki plak. haaa... masa ni baru la aku tau. korg ingat x td aku kata hidangan yg kdua aku ambik sayur2 mentah. aku ingatkan benda tu blh mkn mcm tu je. rupenye kena masak hahaha.


kisahnye... masa hidangan kedua, lps aku dok ambik mcm2 aku pi la ambik sayur mentah tu campur la dlm pinggan yg sama.. mamat yg jaga tepayaki ni dok la terpandang2 aku. aku blur jap. apesal la mamat ni dok pandang2 aku. nak ngorat ke ape ...hehehe... mamat trus je pandang aku dgn pnuh minazt. aku naik x senang. aku stop ambik smue tu. lps tu blah. mamat tu lg trpinga2 bila aku blah. korg tau knape?. sbb spatutnye aku ambik pinggan yg baru dan isi satur2 tu. lps tu bg kat mamat tu... nanti dia masakkan. adooi malu sungguh. last2 aku x mkn habis pon. maunye x...mcm mana aku nak mn cendawan mentah2 hahaha. x munasabah btol aku. lps tu aku dah memang kenyang. dah x larat nak mkn lg. tp aku sumbat gak ngan dim sum bagai huhu...dah nak mletop prut aku. yg si F tu. x berenti mkn huhu jeles aku tengok. last skali aku ambik 1 gelas kecik. lps tu aku dah x blh nak tengok si F tu mkn. aku dah rase lemas sbb dah pnuh sngt huhuhu. si F mkn  dah mcm org naik gila... smue mknan dia nak telan hahaha. tp mana aci. itk panggang tu dia x mkn sbb liat. kira dia ngelat la jgak kan hahahaha.


hmm masa balik kami masing2 kekenyangan. masa di restoran fazilah ni rajin la bergambar dan tangkap gambar aku. ade la aku gambar kenangan di restoran tu. hehehe... nanti aku upload yeee. si F tu lps balik. dia dok upload gambar dan layan FB smpi 3 pg. BESOKNYE TERBANGUN LAMBAT huhu x keje la jwbnye. aku dah memang keje mlm so x risau hehhe.

ok la... itu la kisah aku mlantak kat Shogun. nanti aku upload gambar. ni beberape minggu akan dtg aku plan dgn sorg lg bestfriend aku nak mkn kat satu restoran best. nanti kitorg tangkap gambar dan aku citer kat sini lg. tungguuu....

Tuesday, May 11, 2010

hargailah ibu dan bapa kita

salam,


kawan aku tunjuk aku satu video dr sbuah blog. kisah anak derhaka yg memarahi dan meninggalkan ibunya di tepi jalan. sblm tu aku dah baca kisah tu kat dlm surat khabar. masa baca tu aku btol rasa angin. korg bayangkan la mcm mana bencinya aku melihat perempuan gemuk dan suaminya melayan seorang perempuan tua dgn buruk. bukan sekadar perempuan tua je.... tp ibu diorg sndiri tau x!!!!.


benci aku rasa meluap2. hati aku mnyumpah seranah pasangan tu. walau ape pon ksalahan ibunya x kanlah smpi sanggup ditengking dan DITINGGALKAN di tepi jalan SENDIRIAN. ke mana peginye perikemanusiaan. seorang ibu yg penat lelah membesarkan anak2nya dari lahir hingga dah berkeluarga, spatutnye dilayan dgn pnuh kasih sayang dan mesra. mereka patut dilayan dan dimanja seperti raja. itulah yg layak bg mereka yg membesarkan dan mengasihi anak2nya dgn pnuh sempurna. blm lg masuk sgala pngorbanan yg mereka lakukan. spatutnye pasangan itu bersyukur krn Allah berikan mereka kesempatan utk berbakti dan membalas sgala jasa org tua mereka. masa ni la kita nak kumpul pahala pon.


lps tengok video tu... aku rase hati ni sakit sngt. mata aku rasa panas... nak mnangis. aku rasa bengang krn x berada di situ. tambah plak bila melihat dia menggigil ketakutan bila dimarahi. klu la aku ade kat situ... dah tentu aku akan bela perempuan tua tu. kesian... smoga Allah menjaganya walau di mana dia berada. dan smoga Allah memberi balasan yg setimpal kpd pasangan tu spy cepat sedar dan insaf... sedarlah semua... tanpa ibu bapa siapalah kita. blh ke kita hidup smpi skrg jika Allah x kurniakan kita ibu bapa yg baik utk menjaga dan membesarkan kita. blh ke kita pandai membaca jika Allah x kurniakan ibu bapa yg baik yg membanting tulang mencari rezeki bg memberi kita mkn ( spy bertenaga nak belajar ) dan mencari duit utk menyekolahkan kita. blh ke kita tenang klu bkn ibu kita menjadi tempat utk kita mengadu... bila dipujuk dgn kata2 yg lembut, diusap dgn penuh kasih sayang dan dipeluk dgn erat... pasti seribu beban dpt dikurgkan. pasti hati yg lemah kembali bsemangat. pasti otak yg blank pon didatangkan ilham. itulah kuasa seorg ibu... dia sentiasa menjadi penawar dan x kan menjadi racun.


w/pon aku sempat menjaga mak aku, tp terasa x puas menjaganya. tanpa berbuat apa2 mak aku blh menghilangkan rasa sedih di hati aku hanya dgn tersenyum dan usapan dibahu. aku rasa bengang krn pasangan tu x menghargai masa dan peluang yg Allah beri utk mncurahkan bakti. Aku cemburu dgn masa yg mereka ada, tp mereka sia2kan dan mereka aibkan ibu yg x berdosa tu. kesian...


Aku doakan ibu itu akan bahagia w/pon tanpa anak2nya. aku doakan ibu tu akan jumpe org yg baik bg mnjaganya. aku doakan org yg mnjaganya itu akan mendapat pahala berlipat ganda. aku doakan Allah akan turunkan ape2 je... x kisah la bala ke.... pengajaran ke... asalkan pasangan tu insaf dan bertaubat serta meminta ampun slagi masih sempat. kmudian berbaktilah sbaik mungkin. amin...

Sunday, May 9, 2010

hari ibu...

salam,

smlm smue org dok bercerita pasal hr ibu. dlm newspaper, radio, tv... aku asyik tukar channel. mndengar diorg bcerita pasal hr ibu buat hati aku trasa kosong. tp alhamdulillah... aku x sedih lg. cuma aku terasa sbatang kara x dpt sambut hr ibu. w/pon ade Yang dan k yah. tp terasa janggal nak ucap slamat hr ibu pd diorg. last2 aku hanya diam je. aku penuhkan hujung minggu ni dgn keje. sabtu dan ahad aku pulun keje.

aku dngar radio. x ingat radio yg mana. DJ tu suruh pndengar call dia...bgtau bg kita ibu kita umpama ape... mcm2 aku dngar. ade satu tu kata...ibu dia mcm ikan paus. aku senyum je. aku x leh kata mak aku umpama ikan paus. sbb bg mak aku...aku la ikan paus hahaha.

klu aku... mak aku umpama kotak yg pnuh pencil colour. colourful gitu. klu dia marah kaler merah, klu dia mengamuk kaler hitam ( menyeramkan!!! lg seram dr jurus cakaran harimau bintang Yang. bila kaler ni muncul berhati2 je la. time ni dia akan memegang peranan tukang sebat. duduk pon senget nanti huhu), klu dia tgh happy dan excited kaler pink ( comel dan sweet - kita pon rase nak melompat hehehe), klu dia sedih kaler kelabu. klu dia tgh concentrate kaler putih ( dia x pduli org lain). klu dia brselera nak mkn kaler orange ( smue makanan nampak terang dan menarik. semua nak ditelannye) dan mcm2 lg la. aku memang rindukan dia. x ade sape yg blh ganti dia dlm hati aku. aku x sedih lg...sbb arwah slalu suruh aku berfikiran positif menerima takdir. arwah slalu kata " kuatkan hati kamu tu yan...asyik lembik je kamu ni..." bila ingat sgala nasihat dia aku slalu happy. aku terasa dia hidup dlm diri aku. sbb sgala nasihat, pesanan dan kenangan dah aku rakam dlm kepala dan sematkan dlm hati. smlm aku sebut dlm hati...SELAMAT HARI IBU ENCIK. dia shaja yg layak terima ucapan tu hehehehe aku sayang encik aku.

Al-Fatihah...

Saturday, May 8, 2010

kengkawan lama

salam,


dah beberape hari aku dok mlayan facebook. sejak aku dah block smue member office, skrg aku dah active dah mlayan facebook. aku x selesa klu ade member office yg join FB aku. nanti jd mcm friendster, smpi skrg aku x layan huhu.


hmm... masa dok tengok FB kengkawan lama. dr kawan aku Mariani (anje), aku jumpe FB kwn2 lain. aku jumpe kwn aku yg nama yogeswaran. teringat kisah lama. aku suka kwn ngan yoges. kami bkawan agak rapat masa aku darjah 6. w/pon aku kenal dia sjak darjah 1 lg. Yoges adalah kwn aku yg paling pnyabar dan suka ketawa. bunyi dia gelak memang kelakar...aku x reti nak ajuk hehehe. tp...serious... bunyi dia gelak memang kelakar masa tu.


aku ni dulu...masa kecik kwn2 malas nak layan aku. sbb aku ni manja yg gedik dan mngada2. hanya a few of my friends yg layan aku dgn baik...mcm anje...bun...dan yoges. mungkin ade yg lain tp aku x brape ingat sngt yg lain tu. mungkin yg lain tu x rapat tp x pnah layan aku dgn buruk.


yoges ni duduk sblh aku masa darjah 6...dlm kelas 6 dahlia. aku slalu suka bergurau dgn dia. kadang aku usik dia dan kadang2 dia usik aku. tp seingat aku...kitorg x pnah gaduh. tp aku dulu suka buli yoges ni. asal aku x puas hati je aku cucuk dia dgn jarum....huiiii kejam btol aku ni hahaha. tp yg buat aku kagum dgn yoges...dia x pnah marah aku. dia cuma ketawa dan buat muka ksian yg manja2 sambil ckp " sakitla... azian.". hehehe pnyabar btol kawan aku tu. sbb tu aku x pnah lupe dia.


tp masa aku send a message to him. aku ingat dia dah lupe aku...rupe2nye dia masih ingat aku. seronok aku dpt berbual2 dgn dia w/pon skejap through messages. dia cuma ingat aku pnah cucuk dia je huhu. sbb rupe aku dia dah x cam. dulu aku kurus. skrg gemuk gedempol hahahaaha.'


ape pon aku happy dpt contact ngan diorg balik. aku harap diorg happy walau di mana diorg berada. dan aku harap yoges jumpe pasangan yg baik.... sebaik dia hehehe.

Thursday, May 6, 2010

NASI ARAB




haaaa... last week, si F bawak aku pg makan nasi arab kat area plaza idaman. pnye la sedap dan bnyk smpi nak naik senak perut aku. si F ni yg aku suka tentang dia... dia suke bawak aku pg kat tempat2 makan yg sedap2. nampaknye kempunan jgak la guru cakaran harimau bintang nak tengok aku kurus....kuang...kuang.... hahahaha.

esoknye aku bawak la k chik dan k yong pg sini. ceh...kak chik beriya2 je confident sangat blh habis makanan tu. skali spinggan pon x larat. dia tuang ke pinggan aku plak. smpi senak aku mengabiskan nasi yg k yong dan k chik tuang kat pinggan aku. spatutnye diorg ni kongsi je. mnyampah aku. itu pon k chik ade hati nak order kebab ish...ish...ish.... mula2 laju je minah tu mkn. tp x lama lps tu dia dah slow hahaha aku memang tahan gelak time ni. tp air jus kat situ memang sedap. bebudak 2 3kor ni suke bkn main. tp diorg pon mngaku...MEMANG SEDAP!!! hehehe cayalah F